Tunggu kesesuaian awan untuk pembenihan awan - SKN Sabah

Safar (tiga dari kiri) ketika menyaksikan simbolik penyerahan program Yayasan Petronas pada Majlis Berbuka Puasa Petronas di Kota Kinabalu.
Safar (tiga dari kiri) ketika menyaksikan simbolik penyerahan program Yayasan Petronas pada Majlis Berbuka Puasa Petronas di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pembenihan awan akan dilakukan segera selepas melihat kesesuaian awan untuk menurunkan hujan sekali gus membantu mengurangkan kesan musim kemarau yang dihadapi di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, Datuk Seri Safar Untong berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang melakukan pemantauan mengenai usaha untuk melakukan pembenihan awan di negeri ini.

"Mereka sedang uruskannya, bukan semua jenis awan kita boleh buat (pembenihan awan), MetMalaysia sedang monitor awan itu bila ada, mereka akan laksanakannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Petronas di sini pada malam Khamis.

Ditanya lanjut respons daripada kerajaan Persekutuan, beliau memaklumkan kerajaan negeri memang mendapat maklum balas yang positif untuk pelaksanaan pembenihan awan tersebut.

"Respons positif daripada Persekutuan, cuma tunggu kesesuaian saja bukan semua jenis awan kita boleh benihkan untuk turunkan hujan.

"Memang ia akan dibuat secepat mungkin," jelasnya.

Sementara itu ditanya mengenai situasi semasa susupan pengisytiharan bencana di Papar, beliau berkata, semuanya masih di bawah kawalan ketika ini.

"Sebenarnya masih di bawah kawalan, kita cuma perbanyakkan penghantaran air dan akan sediakan tangki di setiap kawasan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28