Jumlah korban di Gaza akibat serangan Israel lepasi 31,300

Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat penduduk Palestin dari runtuhan rumah mereka selepas serangan Israel di Deir el-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Rabu. Foto AFP
Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat penduduk Palestin dari runtuhan rumah mereka selepas serangan Israel di Deir el-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Rabu. Foto AFP
A
A
A

BANDARAYA GAZA - Sekurang-kurangnya 31,341 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di wiayah terkepung itu pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, jumlah penduduk yang cedera meningkat kepada 73,134 orang, lapor Agensi Anadolu.

"Sekurang-kurangnya 69 orang maut dan 110 yang lain cedera dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam lepas.

"Ramai penduduk dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” menurut kenyataan itu.

Serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah. - Bernama-Anadolu

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: