Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 10,000 orang

Orang ramai memeriksa runtuhan bangunan yang musnah dalam serangan udara Israel di Bandar Gaza. - Foto Xinhua
Orang ramai memeriksa runtuhan bangunan yang musnah dalam serangan udara Israel di Bandar Gaza. - Foto Xinhua
A
A
A

GAZA CITY - Angka kematian akibat serangan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza kini melebihi 10,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.

Dalam satu sidang media, Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata, tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain.

Beliau berkata, jumlah korban itu, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita.

Kementerian Kesihatan turut menerima laporan sejumlah kira-kira 2,350 lagi hilang, termasuk kira-kira 1,300 kanak-kanak.

Penduduk meratapi ahli keluarga yang terkorban dalam konflik Palestin-Israel di bandar selatan Genting Gaza Khan Younis. - Foto Bernama
Penduduk meratapi ahli keluarga yang terkorban dalam konflik Palestin-Israel di bandar selatan Genting Gaza Khan Younis. - Foto Bernama

Pesawat pejuang Israel turut menyasarkan tiga hospital di Gaza City, termasuk hospital mata, hospital psikiatri dan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi, mengorbankan lapan penduduk Palestin dan mencederakan 125 yang lain.

Selain jumlah korban yang ramai dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat kepungan rejim Israel.

Sementara itu, Agensi Berita WAFA melaporkan bahawa jumlah kematian di Tebing Barat meningkat kepada 155 orang dan kira-kira 2,250 lagi cedera sejak 7 Oktober. - Bernama

Artikel Berkaitan: