Kasihankan pelanggan, peniaga kekalkan harga martabak RM3

Ahmad Tarmimi dan isteri mula beroperasi seawal jam 3 petang setiap hari di bulan Ramadan.
Ahmad Tarmimi dan isteri mula beroperasi seawal jam 3 petang setiap hari di bulan Ramadan.
A
A
A

KULIM - Seorang peniaga di bazar Ramadan Sedim mengekalkan martabak jualannya pada harga serendah RM3 di saat kenaikan harga bahan mentah ketika ini.

Ahmad Tarmimi Othman, 42, yang sudah 14 tahun berniaga bersama isterinya, Siti Zaleha Ramli, 40 berkata, dia tidak berniat untuk menaikkan harga jualannya kerana kasihankan pelanggan tetapnya.

Menurutnya, walaupun harga dikekalkan, namun kualiti dan rasa martabak ayam dan daging masih sama seperti biasa.

Martabak RM3 yang dijual di bazar Ramadan Sedim.
Martabak RM3 yang dijual di bazar Ramadan Sedim.

"Saya berniaga setiap hari bukan sahaja pada bulan Ramadan.

"Hari biasa pun saya jual RM3.

"Saya berniaga bukan untuk berlawan dengan orang walaupun kita sedar ada yang sudah jual sehingga RM5 sebiji," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Sedim di sini pada Khamis.

Ahmad Tarmimi berkata, jualannya beroperasi pada jam 3 petang setiap hari sepanjang Ramadan.

"Alhamdulillah jual murah ni bukan kata tak ada untung langsung, masih ada dan cukup untuk buat belanja serta pusing modal.

Artikel Berkaitan:

"Lagipun kita berniaga kawasan kampung, harga RM3 ini dikira mereka mampu beli dan tidak membebankan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28