Harga juadah popular di bazar Ramadan meningkat

Martabak ayam dan daging mencecah RM7 ketika ini.
Martabak ayam dan daging mencecah RM7 ketika ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Roti john dan martabak antara juadah popular di bazar Ramadan yang mengalami peningkatan pada tahun ini.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian di bazar Ramadan Seksyen 13, ada roti john ayam dan daging dijual pada harga RM10 manakala RM15 bagi kambing, berbanding tahun sebelumnya masing-masing RM8 serta RM10.

Martabak ayam dan daging pula berharga RM7 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM5 atau RM6.

Roti john ayam dan daging dijual pada RM10 di bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam.
Roti john ayam dan daging dijual pada RM10 di bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam.

Selain itu, tepung pelita mengalami kenaikan RM1 bagi setiap peket mengandungi enam ketul iaitu RM5.

Menu ayam golek bagi juadah seisi keluarga turut mengalami kenaikan harga iaitu RM30 seekor, berbanding RM29 tahun lalu.

Air tebu yang menjadi tarikan pelanggan turut menunjukkan kenaikan harga iaitu sehingga RM2 sebotol bagi 1.25 liter.

Artikel Berkaitan:

Nasi tomato dan ayam masak merah kini berharga RM10.
Nasi tomato dan ayam masak merah kini berharga RM10.

Sementara itu, bagi makanan berat seperti nasi tomato turut mengalami kenaikan harga RM2 daripada tahun sebelumnya iaitu RM8 kepada RM10.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28