Mbappe saman kedai kebab milik pempengaruh Perancis

Menu kebab yang menggunakan nama Mbappe dimuat naik oleh pemilik kedai yang juga pempengaruh Perancis, Mohamed Henni. - Agensi
Menu kebab yang menggunakan nama Mbappe dimuat naik oleh pemilik kedai yang juga pempengaruh Perancis, Mohamed Henni. - Agensi
A
A
A

BINTANG bola sepak Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dilaporkan telah menyaman seorang pemilik kedai kebab kerana menggunakan namanya dalam salah satu hidangan.

Kedai milik pempengaruh Perancis, Mohamed Henni menjual kebab yang digambarkan sebagai 'dibuat dengan roti bulat, sebulat tengkorak Mbappe'.

Henni, yang mempunyai 1.8 juta pengikut di Instagram, memuat naik tangkap layar surat saman yang diterimanya daripada agensi Mbappe.

Surat berkenaan dihantar oleh peguam Mbappe, Delphine Verheyden mewakili firma yang menguruskan hak komersial kapten skuad kebangsaan Perancis itu, KMA.

Dalam surat itu, Henni diarah mengeluarkan nama Mbappe daripada menu itu dalam tempoh lapan hari atau akan diheret ke mahkamah.

"Saya terkejut pemain sehebat ini (Mbappe) mempunyai masa untuk berfikir tentang saya. Dia menggunakan masa dan wangnya untuk menyerang saya... saya tidak menyakiti sesiapa," kata Henni. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: