Selepas DJ, Khairy jadi model pula

KJ menjadi model untuk baju Melayu untuk sebuah syarikat pakaian raya terkemuka
KJ menjadi model untuk baju Melayu untuk sebuah syarikat pakaian raya terkemuka
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas menjadi penyampai radio di syarikat radio tempatan, HotFM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan.

Malah bekas Menteri Kesihatan itu juga dilihat menjadi model baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka sehingga menarik perhatian ramai netizen di media sosial.

KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan.
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan.

Bukan itu sahaja, sebelum ini, tular sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram milik Khairy sendiri, yang mana menyaksikan beliau melakonkan watak sebagai penghantar makanan dalam mempromosikan iklan perniagaan restoran.

Umum mengetahui selain menjadi penyampai radio di HotFM, bekas Ketua Pemuda UMNO itu juga turut terlibat mengendalikan segmen podcast bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Khairy sebelum ini berkhidmat selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Rembau sebelum tewas kepada R Ramanan dari Pakatan Harapan (PH) dalam persaingan merebut kerusi Parlimen Sungai Buluh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Selain menerajui Kementerian Kesihatan, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Sains, teknologi dan Inovasi serta Menteri Belia dan Sukan.

Artikel Berkaitan: