Pengiktirafan bak kut teh tiada kaitan agama, bangsa - King Sing

King Sing
King Sing
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengiktirafan bak kut teh sebagai makanan warisan negara tiada kaitan dengan isu bangsa atau agama.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan, pengiktirafan tersebut dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Justeru beliau memohon semua pihak termasuk ahli Parlimen supaya menghormati kepelbagaian budaya dan agama demi menjaga perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Bak kut teh bukan makanan yang baru ada pada hari ini. Kita tahu bahawa makanan bak kut teh ada yang halal, yang tidak halal (malah) bak kut teh 'vegetarian' pun ada.

"Perdana Menteri menubuhkan Kerajaan Madani, semua kaum kita jaga. Saya rasa tidak perlu jelaskan panjang lebar," katanya ketika sidang Dewan Rakyat pada Rabu.

Sebagai rekod pada 24 Februari lalu, Pesuruhjaya Warisan Jabatan Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin memaklumkan 10 makanan termasuk bak kut teh diwartakan sebagai objek warisan melalui kuasa diberikan kepadanya oleh subseksyen 49(1) Akta 645.

Isu bak kut teh itu mendapat perhatian dan reaksi masyarakat termasuk ahli politik kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: