Jumlah kanak-kanak Gaza maut tertinggi di dunia

Penduduk Palestin meratapi kematian ahli keluarga mereka di Hospital Al-Aqsa Martyrs di Deir Al-Balah, Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Penduduk Palestin meratapi kematian ahli keluarga mereka di Hospital Al-Aqsa Martyrs di Deir Al-Balah, Semenanjung Gaza. - Foto AFP
A
A
A

GENEVA - Jumlah kematian kanak-kanak yang terkorban dalam peperangan di Gaza dilaporkan sudah melebihi jumlah yang dicatatkan bagi kesemua konflik yang berlaku di merata dunia dalam tempoh empat tahun.

"Jumlah kanak-kanak yang dilaporkan dibunuh dalam tempoh lebih empat bulan di Gaza adalah lebih tinggi berbanding angka kematian kanak-kanak yang maut dalam peperangan yang berlaku di merata dunia, secara keseluruhan," kata Ketua Agensi PBB Bagi Pelarian Palestin (UNRWA). Philippe Lazzarini di X.

Catatan beliau merujuk kepada data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan 12,193 kanak-kanak terkorban dalam pelbagai konflik yang terjadi di merata dunia antara 2019 hingga 2022.

Angka itu dibandingkan dengan laporan kementerian kesihatan Gaza. Menurut kementerian itu, lebih 12,300 kanak-kanak meninggal dunia di wilayah Palestin berkenaan, antara Oktober lalu hingga hujung Februari.

"Peperangan yang sedang berlaku menindas kanak-kanak. Ia satu peperangan yang meragut masa depan dan detik mereka seharusnya bahagia," kata Lazzarini.

Serangan balas Israel pula sudah membunuh 31,184 rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di wilayah itu. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: