Protes ganas Perancis: 1,800 ditahan, 1,500 premis perniagaan musnah

Kakitangan majlis perbandaran membersihkan sisa sampah akibat 'amukan' demonstran di Marseille pada Ahad. Foto AFP
Kakitangan majlis perbandaran membersihkan sisa sampah akibat 'amukan' demonstran di Marseille pada Ahad. Foto AFP
A
A
A

PARIS - Seramai 1,800 individu ditahan susulan protes ganas di Perancis pada Sabtu yang mengakibatkan kemusnahan besar termasuk sebuah dewan bandar raya bersejarah berusia lebih 100 tahun dibakar dan kegiatan penjarahan berlaku secara meluas.

Rusuhan yang disifatkan sebagai antara yang paling ganas itu menambah tekanan terhadap Presiden Emmanuel Macron yang bakal menamatkan tempoh pemerintahannya menjelang pemilihan tempoh enam bulan lagi.

Insiden itu berlaku selepas protes pelajar berlarutan selama beberapa minggu.

"Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti pelaku untuk membawa mereka ke muka pengadilan,” kata Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez menerusi platform X pada Ahad.

Di Paris, pihak berkuasa menahan seramai 855 individu yang terlibat protes ganas itu.

Keadaan jalan raya turut memperlihatkan kesan rusuhan yang mencacatkan pemandangan selain beberapa premis perniagaan mengalami kerosakan pada cermin tingkap dan sejumlah kereta musnah akibat dibakar.

Timbalan Datuk Bandar Paris, Lamia El Aaraje menyifatkan ibu kota Perancis itu berdepan tahap keganasan yang belum pernah disaksikannya sebelum ini.

Selain itu, kira-kira 1,500 kedai dan premis perniagaan termasuk butik mewah musnah dengan kebanyakannya turut menjadi sasaran penjarahan.

Presiden Persekutuan Peruncitan dan Perdagangan, Alexandre Bompard berkata, kerugian akibat insiden itu dianggarkan mencecah ratusan juta euro, namun jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!