Mohd Roslan dilantik pemangku Ketua Pegawai Eksekutif GPB

Mohd Roslan
Mohd Roslan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Naib Presiden Kanan Terengganu Incorporated (Terengganu Inc), Mohd Roslan Mamat dilantik menjadi pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Golden Pharos Bhd (GPB) berkuat kuasa pada Rabu.

GPB yang juga anak syarikat kerajaan negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Mohd Roslan dibuat susulan persaraan bekas CEO GPB, Dr Mohd Zaki Hamzah pada 12 Mac lalu.

"Sebelum ini, Mohd Zaki dilantik menjadi Pengarah Eksekutif GPB pada 3 September 2021 sebelum dilantik menjadi CEO pada Februari 2022 di syarikat pembalakan milik kerajaan Terengganu itu," jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi GPB, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar turut mengalu-alukan pelantikan Mohd Roslan sebagai pemangku CEO.

"Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Mohd Zaki atas perkhidmatan selama hampir tiga tahun di syarikat berkenaan," kata kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Mohd Roslan pernah bertugas di TDM Bhd sebelum menyertai Terengganu Inc pada akhir tahun 2021.

Artikel Berkaitan: