LHDN umum pelantikan dua Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif baharu

LHDN mengumumkan pelantikan Shaharrudy Othman dan Khairul Halimin Abdul Halim sebagai TKPE LHDN yang baharu.
LHDN mengumumkan pelantikan Shaharrudy Othman dan Khairul Halimin Abdul Halim sebagai TKPE LHDN yang baharu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan pelantikan Shaharrudy Othman dan Khairul Halimin Abdul Halim sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (TKPE) LHDN yang baharu berkuat kuasa esok.

Dalam kenyataan pada Khamis, Shaharrudy dilantik TKPE Operasi Percukaian bagi menggantikan Datuk Wan Ramiza Wan Ghazali yang kini memegang jawatan TKPE (Dasar).

Sementara itu, Khairul Halimin dilantik sebagai TKPE (Pengurusan) menggantikan Datuk Hisham Rusli yang kini memegang portfolio TKPE (Pematuhan), menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh kemukakan kepada LHDN melalui Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: