Covid-19 akibatkan penurunan jangka hayat 1.6 tahun

Sebahagian besar kematian Covid-19 pada 2020-2021 melibatkan golongan berisiko tinggi dan warga emas. Foto Agensi
Sebahagian besar kematian Covid-19 pada 2020-2021 melibatkan golongan berisiko tinggi dan warga emas. Foto Agensi
A
A
A

PARIS - "Covid-19 telah menyebabkan purata jangka hayat individu di seluruh dunia menurun sebanyak 1.6 tahun dalam tempoh dua tahun pertama pandemik."

Laporan terbaharu itu dikeluarkan pada Selasa berdasarkan kajian dilakukan ratusan penyelidik yang menyaring data untuk Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) berpusat di Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan pembalikan mendadak berhubung peningkatan jangka hayat global untuk tempoh beberapa dekad.

“Bagi orang dewasa di seluruh dunia, pandemik Covid-19 memberi kesan yang lebih mendalam berbanding peristiwa lain dalam tempoh setengah abad lalu termasuk konflik dan bencana alam,” kata Dr Austin Schumacher yang merupakan pengarang utama kajian itu yang diterbitkan di jurnal perubatan The Lancet.

Menurutnya, jangka hayat pada 2020-2021 menurun sebanyak 84 peratus di 204 negara dan wilayah yang dianalisis, sekali gus menunjukkan kesan buruk virus baharu.

“Kadar kematian golongan lelaki berusia 15 tahun ke atas meningkat sebanyak 22 peratus manakala 17 peratus bagi wanita,” jelasnya lagi.

Difahamkan, Mexico City, Peru dan Bolivia antara yang merekodkan penurunan jangka hayat paling tinggi.

Covid-19 telah menyebabkan 15.9 juta kematian secara tidak langsung akibat virus itu atau kejadian yang ada kaitan dengan pandemik tersebut sepanjang tempoh 2020-21. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: