11 kertas siasatan dibuka dalam tempoh dua hari Op Pantau

Armizan ketika sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Armizan ketika sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 kertas siasatan termasuk enam kes melibatkan pencatutan dibuka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam tempoh dua hari Op Pantau dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kesalahan tersebut dikesan ketika pegawai siasatan memeriksa lebih 3,000 premis termasuk di bazar Ramadan sejak 12 Mac lalu.

“Op Pantau bermula sejak Selasa yang bukan hanya meliputi (pemantauan) bazar Ramadan, tetapi semua premis runcit, pasar raya, pasar raya basah dan sebagainya untuk melihat supaya tidak ada perkara berkaitan pencatutan dilakukan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri

“Dalam tempoh dua hari, kita telah melakukan siasatan dan pemeriksaan terhadap 3,099 premis. Kita keluarkan notis kepada peniaga berkenaan untuk jawab dan beri maklum balas tentang harga yang ditawarkan,” katanya dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai kenaikan harga makanan di bazar Ramadan.

Dalam pada itu Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar mengingatkan orang ramai untuk memberikan maklumat tepat termasuk lokasi serta nama gerai atau premis yang didapati melakukan aktiviti pencatutan bagi memudahkan pihaknya melakukan siasatan.

“Kita harap aduan spesifik supaya mudah untuk kita lakukan pemeriksaan di lokasi yang dinyatakan berbanding ditularkan harga tersebut di media sosial,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: