Lelaki bawa dua parang dalam kereta ditahan

Polis menahan seorang lelaki membawa dua bilah parang di dalam kereta di Puchong Permai, di sini, pada Ahad. (Gambar kecil: Wan Azlan) Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki membawa dua bilah parang di dalam kereta di Puchong Permai, di sini, pada Ahad. (Gambar kecil: Wan Azlan) Gambar hiasan
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis menahan seorang lelaki membawa dua bilah parang di dalam kereta di Puchong Permai, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bukit Puchong telah mengesan sebuah kereta jenis Honda Accord dalam keadaan mencurigakan pada jam 3 pagi.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun, kita menjumpai dua bilah parang panjang.

"Semakan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes jenayah," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Wan Azlan berkata, suspek telah diberkas kerana memiliki senjata tanpa sebarang alasan yang munasabah.

"Lelaki itu telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: