Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari

Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan prestasi tinggi pada Isnin.Gambar hiasan
Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan prestasi tinggi pada Isnin.Gambar hiasan
A
A
A

BURSA Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan prestasi tinggi pada Isnin, apabila belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih mengekalkan indeks penanda aras tempatan dalam wilayah positif, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 4.76 mata kepada 1,544.62 daripada 1,539.86 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks utama, yang dibuka 2.15 mata lebih tinggi kepada 1,542.01, bergerak di antara 1,540.77 dengan 1,547.02 sepanjang sesi pagi.

Walau bagaimanapun, lingkungan pasaran adalah sedikit negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 451 berbanding 424, manakala 449 kaunter tidak berubah, 935 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.28 bilion unit bernilai RM1.32 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, bagi hari ini, indeks penanda aras dijangka berlegar dalam julat 1,540 hingga 1,550.

"Sementara itu, aliran harga minyak sawit mentah (MSM) yang meningkat sangat menarik, mencecah RM4,100 satu tan. Justeru kaunter perladangan mungkin terus menarik minat,” katanya kepada Bernama.

Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank naik 5.0 sen kepada RM9.80, Public Bank menokok 1.0 sen kepada RM4.30, CIMB menambah 2.0 sen kepada RM6.67, dan Petronas Chemicals melonjak 10 sen kepada RM6.91 manakala Tenaga Nasional susut 6.0 sen kepada RM6.67.

Artikel Berkaitan:

Bagi kaunter aktif, Hong Seng dan TWL Holdings masing-masing meningkat setengah sen kepada 1.5 sen dan 4.0 sen, Powerwell Holdings menambah 2.5 sen kepada 39 sen dan Pegasus tidak berubah pada setengah sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 34.35 mata kepada 11,457.49, Indeks FBMT 100 meningkat 36.30 mata kepada 11,124.35 dan Indeks FBM Emas Syhariah menambah 20.77 mata kepada 11,444.75.

Indeks FBM 70 melonjak 58.87 mata kepada 15,462.25 manakala Indeks FBM ACE naik 15.69 mata kepada 4,704.74.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 37.37 mata kepada 17,406.11, Indeks Perladangan turun 5.82 mata kepada 7,310.51 dan Indeks Tenaga susut 5.09 mata kepada 898.48 namun, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.94 mata kepada 175.10. - Bernama