[VIDEO] Kagum tengok aksi pekerja restoran angkat banyak cawan

Tangkapan layar video yang memaparkan aksi seorang pekerja restoran mamak mengangkat banyak cawan secara seorang diri mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen yang melihatnya.
Tangkapan layar video yang memaparkan aksi seorang pekerja restoran mamak mengangkat banyak cawan secara seorang diri mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen yang melihatnya.
A
A
A

SHAH ALAM – Aksi seorang pekerja restoran mengangkat cawan dalam jumlah yang banyak seorang diri mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna Twitter, @bdrulnm merekodkan gelagat lelaki terbabit yang dipercayai bekerja di sebuah restoran mamak dan berkongsi rakaman video yang memaparkannya menggunakan hanya sebelah tangan.

Lebih mencuit hati, lagu digunakan bertajuk Mamak Maju nyanyian Azri Yunus dan Hakim Kamal menghiburkan netizen yang melihat gelagat lelaki itu membuktikan mereka mampu melakukan pekerjaan di luar kemampuan.

Perkongsian video yang berdurasi 20 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 521,300 tontonan dan 39,100 ulang kicau.
Perkongsian video yang berdurasi 20 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 521,300 tontonan dan 39,100 ulang kicau.

Perkongsian video berdurasi 20 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 521,300 tontonan dan 39,100 ulang kicau.

“Tergamam sekejap saya tengok pekerja mamak itu mengangkat cawan. Banyak cawan yang dia angkat itu bukan sikit-sikit. Syabas mamak. Servis mereka pun terbaik," tulis Idham Samad di Twitter.

Antara reaksi netizen teruja dengan aksi yang dilakukan oleh pekerja mamak tersebut yang mampu mengangkat cawan dengan jumlah yang banyak.
Antara reaksi netizen teruja dengan aksi yang dilakukan oleh pekerja mamak tersebut yang mampu mengangkat cawan dengan jumlah yang banyak.

Ramadan Intan pula berkata, “Terbaik mamak. Teruskan servis terbaik anda dan jangan tekan kami dengan harga yang mahal."

Artikel Berkaitan: