MySinar teruskan misi hantar bantuan

Mohd Fadzil Fairus (duduk, tiga dari kanan) dan Muhammad Nasir (duduk, tengah) bersama ahli MySinar selepas mesyuarat agung pertubuhan itu yang berlangsung pada Sabtu.
Mohd Fadzil Fairus (duduk, tiga dari kanan) dan Muhammad Nasir (duduk, tengah) bersama ahli MySinar selepas mesyuarat agung pertubuhan itu yang berlangsung pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia (MySinar) akan meneruskan aktiviti menghantar keperluan asas ke kawasan terjejas seluruh negara tahun ini sekiranya berlaku bencana banjir.

Presiden MySinar, Mohd Fadzil Fairus Guriaman berkata, pertubuhan itu turut bersetuju untuk mengadakan program lain antaranya kebudayaan, kemasyarakatan dan sukan bagi memenuhi kalender aktiviti 2024.

"Untuk bulan Ramadan pula, kami akan turut serta dalam program Iftar Ala Madinah di Kompleks Karangkraf pada setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad. Tabung MySinar juga akan disediakan bagi memudahkan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan kepada pertubuhan ini.

"Saya berharap orang ramai dapat menyumbang kepada MySinar kerana sekiranya dana terkumpul mencukupi, mudah untuk kami menyalurkan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Terdahulu Mesyuarat Agung Pertubuhan MySinar kali ke-3 diadakan pada Sabtu bagi membentangkan laporan aktiviti serta pengesahan kewangan bagi tahun 2023.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Penasihat MySinar, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil Fairus berkata, MySinar yang diwujudkan pada 2020 itu kini sedang dalam usaha untuk menambah ahli pertubuhan itu.

"Ketika ini kami mempunyai hampir 50 ahli yang bersama-sama turun padang menyalurkan bantuan dan kini sedang dalam proses menambah bilangan ahli.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini, kami amat alua-alukan dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia," ujarnya.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini boleh menghubungi MySinar menerusi e-mel: admin@mysinar.org atau Facebook: https://ww.facebook.com/MySinarPrihatinMalaysia.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28