Ahli Parlimen Sungai Petani tamatkan zaman bujang

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari selamat melangsungkan majlis perkahwinan dengan pilihan hati Dr Fathiya Ainul Mardhiyah pada Sabtu.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari selamat melangsungkan majlis perkahwinan dengan pilihan hati Dr Fathiya Ainul Mardhiyah pada Sabtu.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari selamat melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangannya pada Sabtu.

Dr Mohammed Taufiq, 28, menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, Dr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendra, 26.

Majlis perkahwinan pasangan mempelai itu berlangsung di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani, di sini.

Dr Mohammed Taufiq adalah graduan Universiti Islam Bandung dalam jurusan perubatan dan tamat pengajian pada 2020.

Beliau berpengalaman sebagai doktor pelatih di Hospital Al-Ihsan Bandung dan Hospital Dr Slamet di Garut, Indonesia.

Selepas pulang ke Malaysia, beliau berkhidmat di Klinik Al-Hadi di Sungai Petani.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Dr Mohammed Taufiq diumumkan menang kerusi Parlimen Sungai Petani.

Beliau yang bertanding lima penjuru mendahului calon lain apabila memperolehi 50,580 undi mengalahkan Tan Chow Kang (PRM) 226 undi, Marzuki Yahya (Pejuang) 2,342 undi, Dr Robert Ling (PN) 49,465 undi dan Dato Shahanim (BN) 27,391 undi.

Artikel Berkaitan:

Dr Mohammed Taufiq yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah menang dengan majoriti 1,115 undi.

PM hadiri majlis kahwin MP Sungai Petani

Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghadiri majlis perkahwinan Dr Mohammed Taufiq.

Ketibaan Anwar pada jam 12 tengah hari disambut bapa pengantin lelaki yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan isteri, Puan Sri Noraini Mohd.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkesempatan beramah mesra dengan keluarga pengantin dan tetamu.

Beliau yang meluangkan masa hampir satu jam di majlis turut sudi merakam gambar bersama Dr Mohammed Taufiq dan pasangannya, Dr Fathiya Ainul Mardhiyah.

Beliau diiringi Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.

Antara tetamu kenamaan yang hadir termasuklah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan ahli-ahli Parlimen.

Lebih 10,000 tetamu dijangka menghadiri majlis perkahwinan pasangan yang bermula jam 11 pagi hingga 5 petang itu.

Anwar meluangkan masa menghadiri majlis itu sebelum melakukan lawatan ke Hospital Seberang Jaya dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28