Manuel Ott bukan lagi milik Kedah

Manuel Ott. Foto FB Kedah Darul Aman FC
Manuel Ott. Foto FB Kedah Darul Aman FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengumumkan pemain yang memainkan peranan penting musim lalu sebagai kapten angkatan Sang Kenari, Manuel Ott, membawa haluan berbeza musim depan.

"Selepas beberapa perbincangan dan pertimbangan bersama antara pengurusan kelab dan Manuel Ott, dengan emosi bercampur-baur kami mengumumkan persetujuan bersama mengenai pemergian Manuel Ott dari KDA FC.

"Sepanjang musim ini, Manuel Ott telah mempamerkan dedikasi yang tinggi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap prestasi KDA FC.

"Persembahan luar biasa beliau di padang telah meninggalkan kesan yang besar di hati peminat, dan sumbangan beliau kepada keputusan perlawanan pasukan akan sentiasa diingati dengan penuh memori sebagai empat pasukan terbaik walaupun berjuang dengan beberapa isu dalaman kelab," kata kelab dalam satu kenyataan.

Menurut KDA FC, keputusan ini telah dicapai dengan cara yang baik, dan kelab menghormati permintaan Manuel Ott yang merupakan sebahagian peralihan adalah sebahagian dalam kerjaya seorang pemain.

"KDA FC mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau atas khidmatnya yang luar biasa kepada kelab.

"Semangat, kerja berpasukan, dan kepimpinannya di dalam dan di luar padang telah memberi inspirasi kepada ramai pemain muda dan peminat.

"Kenangan yang dicipta bersama akan dikenang selama-lamanya, dan kami akan sentiasa mengalu-alukan Manuel Ott dengan tangan terbuka setiap kali beliau kembali melawat KDA FC," katanya.

Artikel Berkaitan: