Hari-Hari, SPayLater jalin kerjasama

Pelanggan Hari-Hari memilih pakaian untuk digayakan pada hari raya nanti.
Pelanggan Hari-Hari memilih pakaian untuk digayakan pada hari raya nanti.
A
A
A

RANGKAIAN fesyen kegemaran seisi keluarga Malaysia, Pusat Pakaian Hari-Hari (Hari-Hari) telah bekerjasama dengan rakan kongsi utama, Beli-Dulu-Bayar-Kemudian (BNPL), SPayLater melalui kempen Hari-Hari Raya untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang bermakna kepada pelanggannya.

Hari-Hari dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen yang bermula 15 Mac depan akan menawarkan diskaun eksklusif dan kaedah pembayaran fleksibel kepada pelanggannya.

“Mereka boleh membuat pembayaran di kedai fizikal Hari-Hari dengan menggunakan SPayLater yang terdapat pada Shopee app. Ia hanya terhad kepada satu penebusan sebulan dan pelanggan layak untuk menerima diskaun RM20 dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam satu resit dan diskaun RM50 dengan perbelanjaan minimum RM500 dalam satu resit,” kata Hari-Hari.

Menurut Hari-Hari, bersama diskaun menarik dan menggunakan SPayLater yang memberikan pilihan kepada pelanggan untuk memilih antara kaedah pembayaran fleksibel.

No Image Caption

“Ini termasuk pilihan pembayaran baharu SPayLater ‘Bayar Bulan Depan, 0 Kos’ yang membolehkan pengguna memilih untuk menyelesaikan pembayaran mereka pada bulan berikutnya tanpa kos atau caj tambahan.

“Pilihan ansuran juga membolehkan pelanggan memilih tempoh pembayaran 3, 6, atau 12 bulan dengan yuran pemprosesan sebanyak 1.5 peratus,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pembangunan Jenama Pusat Pakaian Hari-Hari, Kviin Ng berkata, bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri paling dinantikan oleh rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Sebagai rangkaian fesyen tempatan yang digemari seisi keluarga, kami ingin memberikan ganjaran kepada pelanggan yang sentiasa menyokong kami," kata Kviin Ng.

“Melalui kerjasama dengan SPayLater, kami berharap untuk membantu pelanggan membuat persediaan perayaan mereka pada musim membeli-belah yang dinantikan ini. Kami berterima kasih kepada SpayLater kerana memilih Hari-Hari sebagai salah satu jenama musim perayaan ini dengan memberi RM20 dan RM50 rebat tunai kepada pelanggan setia kami,” katanya.

Beliau berkata, Hari-Hari turut menambah kemeriahan perayaan dengan hadiah istimewa untuk pelanggannya termasuk Beg Woven dan sampul raya edisi terhad.

Untuk menyertai kempen dan menikmati diskaun dan rebat tersebut, pelanggan dengan akaun SPayLater yang aktif hanya perlu menyelesaikan pembelian mereka di kedai fizikal Hari-Hari menggunakan kaedah pembayaran SPayLater.

Hari-Hari turut menyediakan sampul raya edisi terhad dan cenderahati kepada pelanggannya.
Hari-Hari turut menyediakan sampul raya edisi terhad dan cenderahati kepada pelanggannya.

Pelanggan boleh mengaktifkan SPayLater melalui aplikasi Shopee di bahagian “Saya”. Setelah diaktifkan, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR peniaga dan memilih kaedah pembayaran SPayLater semasa pembayaran.

Hari-Hari dan SPayLater berharap pengguna menikmati musim perayaan ini dengan sepenuhnya dan menggalakkan pengguna untuk berbelanja dengan bijak.

Mereka juga perlu mengamalkan tabiat perbelanjaan yang bertanggungjawab termasuk perancangan pembelian, perbelanjaan dan pemantauan pembayaran yang akan datang.

Kini, Hari-Hari mempunyai lebih daripada 109 cawangan di seluruh negara dan akan berkembang dengan penambahan enam lagi cawangan tahun ini.

Info mengenai Hari-Hari:

Hari-Hari Online Shop: http://ehari.com.my

Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_

Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari

Lokasi 109 cawangan Hari-Hari: http://hari.com.my/locator

#marilahpergiharihari