RM3.5 juta lesap: Keterangan keluarga ahli perniagaan akan dirakam

Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Allaudeen.
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Allaudeen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan merakam keterangan keluarga ahli perniagaan wanita yang dilaporkan kerugian RM3.5 juta susulan kejadian pecah masuk di rumahnya di Padang Balang, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya akan merakam keterangan keluarga mangsa itu dalam masa terdekat.

"Setakat ini, kita telah mengambil keterangan ahli perniagaan berkenaan bagi membantu siasatan.

"Kita menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti suspek yang terbabit," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sumbangan Peralatan Persekolahan Murid darjah satu Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Selasa.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan peralatan persekolahan murid darjah satu kontinjen Kuala Lumpur.

Hadir sama, Pengarah Pusat Pakaian Hari-Hari, Syed Mohamed Sani Syed Kamarulbahrim.

Pada Isnin, media melaporkan seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM3.5 juta selepas peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, suspek turut melarikan beberapa buah beg tangan pelbagai jenama dalam kejadian antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam itu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ketika rumah itu dipecah masuk penghuninya tiada di rumah berkenaan.

Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!