Rompak RM3.5 juta: Polis percaya ada petunjuk positif

Allaudeen
Allaudeen
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur percaya ada perkembangan positif berhubung siasatan kes pecah rumah seorang ahli perniagaan yang mengalami kerugian RM3.5 juta di Padang Balang di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya memerlukan ruang bagi menjalankan siasatan kes terbabit.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek terlibat dalam kejadian itu.

“Kita percaya akan ada perkembangan positif dalam masa terdekat ini,” katanya selepas Majlis Hi-Tea bersama pengamal media anjuran Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM3.5 juta selepas peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan penjenayah.

Suspek turut melarikan beberapa beg tangan pelbagai jenama dalam kejadian antara jam 10 malam dan 12 tengah malam.

Berikutan itu, polis mengesahkan siasatan secara menyeluruh termasuk merekod keterangan ahli keluarga usahawan wanita terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!