Tahanan Palestin trauma didera mental, fizikal

Tahanan rakyat Palestin berdepan trauma teruk selepas menerima pelbagai layanan buruk daripada tentera Israel. - Agensi
Tahanan rakyat Palestin berdepan trauma teruk selepas menerima pelbagai layanan buruk daripada tentera Israel. - Agensi
A
A
A

GENEVA - Penduduk Gaza yang ditahan tentera Israel dan kemudian dibebaskan menceritakan bahawa mereka mengalami 'trauma sepenuhnya' selepas didera dalam tahanan.

Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini memberitahu taklimat media bahawa tahanan diberikan pelbagai layanan buruk termasuk menerima renjatan elektrik, bergambar berbogel, kurang tidur dan anjing digunakan untuk menakutkan mereka.

Pendedahan dibuat Lazzarin susulan laporan oleh New York Times mengenai siasatan dalaman oleh kakitangan UNRWA yang mendokumentasikan keadaan tahanan yang dibebaskan dari kem tahanan di sempadan Kerem Shalom.

"Kami telah melihat mereka yang pulang dari tahanan di mana sebahagian daripadanya ditahan beberapa minggu dan beberapa bulan telah menceritakan mereka mengalami trauma selepas melalui pengalaman pahit sepanjang itu.

"Sebahagian daripada mereka menceritkan pengalaman pahit dan kami sedang menyusun laporan dalama mengenai pengalaman mereka," kata Lazzarini.

Tambahnya, laporan itu telah dikongsi dengan kumpulan hak asasi dan pakar dalam penahanan.

Komen dibuat Lazzarini dijangka mencetuskan lagi kemarahan Israel yang kini sedang giat menyerang agensi PBB itu dengan pelbagai tuduhan dan terbaru mendakwa UNRWA menggaji 450 pejuang Hamas.

Sebelum ini, Israel memanggil pulang dutanya ke PBB selepas rejim itu menuduh organisasi tersebut gagal menangani dakwaan keganasan seksual terhadap warga Israel sejak serangan 7 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, UNRWA berkata Israel telah menahan beberapa kakitangannya di Genting Gaza dan melakukan penderaan terhadap mereka.

"Kakitangan kami telah melaporkan kejadian kejam semasa mereka ditahan dan semasa disoal siasat tentera Israel. Laporan ini termasuk penyeksaan, layanan buruk, penderaan dan eksploitasi seksual," menurut UNRWA dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Israel menafikan dakwaan itu menerusi satu kenyataan. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!