Kerajaan disyor wujudkan kursus PdPc kepada guru

Wacana Sinar Siri 148 bertajuk Masa Depan Pendidikan Negara di Dewan Karangkraf di sini sebentar tadi.
Wacana Sinar Siri 148 bertajuk Masa Depan Pendidikan Negara di Dewan Karangkraf di sini sebentar tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disyorkan mewujudkan satu kursus khas kepada lebih 400,000 guru di negara ini untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ketika di sekolah demi kecemerlangan masa pendidikan negara.

Tokoh Guru Kebangsaan 2019, Nawi Ismail berkata, inisiatif itu wajib dilakukan Kementerian Pendidikan jika mahu menyelamatkan bidang pendidikan negara.

"Untuk memberi keyakinan kepada guru dan menambah kecekapan mereka, kursus kaedah PdPc pun patut diperkenalkan buat mereka kerana tidak cukup jika mereka sekadar mengikuti kursus itu ketika belajar di universiti sahaja.

"Kursus PdPc perlu dibuat mengikut keperluan mereka. Kursus-kursus sekarang yang dibuat tak fikirkan kepentingannya kepada guru," katanya pada Wacana Sinar Siri 148 bertajuk Masa Depan Pendidikan Negara di Dewan Karangkraf di sini sebentar tadi.

Katanya, kemahiran guru mengajar perlu diutamakan dan pada masa sama kementerian perlu berusaha untuk menerapkan budaya membaca dalam kalangan pelajar bagi melahirkan pelajar yang berilmu.

Wacana Sinar Siri 148 turut menampilkan dua panelis lain iaitu bekas Ahli Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan, Dr Putri Afzan Maria Zulkifli dan Pengasas Kumpulan Brainy Bunch dan Kumpulan Raudhan, Fadzil Hashim.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Arba, Azlan Shah Nabees Khan sebagai moderator.

Artikel Berkaitan: