Wan Saiful diberi tempoh sehingga Ahad ini - SPRM

Azam (kanan) pada sidang akhbar selepas Bicara Eksekutif Anti Rasuah Kepada ADUN Negeri Sembilan Yang ke-15 di Wisma Negeri pada Isnin.
Azam (kanan) pada sidang akhbar selepas Bicara Eksekutif Anti Rasuah Kepada ADUN Negeri Sembilan Yang ke-15 di Wisma Negeri pada Isnin.
A
A
A

SEREMBAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga Ahad ini kepada ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk tampil ke SPRM berhubung pendedahan beliau di Dewan Rakyat mengenai tawaran habuan untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, sekiranya Ahli Parlimen tersebut tidak berbuat demikian, satu tindakan terhadapnya akan diambil.

Azam bagaimanapun, enggan mendedahkan tindakan yang bakal diambil, namun memberitahu ia akan diumumkan kemudian.

Azam
Azam

"Setakat sekarang yang saya rujuk kepada Ibu Pejabat SPRM dan pegawai saya, beliau (Wan Saiful) belum lagi datang ke SPRM untuk buat aduan atau laporan seperti mana yang beliau timbulkan di Dewan Rakyat.

"Jadi kita akan panggil beliau minggu hadapan sekiranya dalam minggu ini, beliau masih belum datang ke SPRM untuk buat laporan. Saya akan bagi arahan kepada pegawai saya untuk satu tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Bicara Eksekutif Anti Rasuah Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan Yang ke-15 di Wisma Negeri di sini pada Isnin.

Tambahnya, seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, menjadi tanggungjawab Wan Saiful untuk membuat laporan ke SPRM di bawah Seksyen 25(1), bukannya menunggu SPRM untuk memanggilnya.

Artikel Berkaitan:

"Ini bukan masalah kami kena pergi cari beliau. Beliaulah kena datang ke pejabat SPRM atau mana-mana balai polis terdekat.

"Takkanlah saya nak pergi jumpa beliau pula atau nak ambil beliau di rumah dan bawanya ke pejabat. Begitulah kaedah dan analoginya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Wan Saiful memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau dihubungi oleh beberapa individu yang menggugutnya untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Ahli Parlimen itu mendakwa, selepas berkali-kali dihubungi, beliau 'akur' untuk mengadakan beberapa pertemuan, bermula pada 17 Januari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang, ibu negara.

Dakwa beliau, dalam siri pertemuan tersebut, individu berkenaan menawarkan habuan sebagai balasan sokongan kepada Perdana Menteri, antaranya peruntukan Parlimen sebanyak RM1.7 juta.

Dalam perkembangan lain Azam memberitahu setakat ini tiada mana-mana laporan terhadap ADUN Negeri Sembilan yang didakwa terpalit dengan isu penyelewengan atau rasuah.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28