'Tiada anak tak sayang ibu bapa, mungkin Syamsul masih merajuk' - Yusof Haslam

Yusof Haslam (kiri), Syamsul Yusof
Yusof Haslam (kiri), Syamsul Yusof
A
A
A

“SAYA sebagai orang tua perlu berfikiran matang. Sebagai ayah, bila anak bersikap sebegitu, saya tak boleh bersikap sama.”

Itu komen ringkas penerbit dan pengarah prolifik, Datuk Yusof Haslam apabila ditanya mengenai anaknya, Syamsul Yusof atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof yang masih belum pulang bertemu keluarga biarpun sudah beberapa kali dipujuk untuk bertemu.

Jelas Yusof, 70, beliau beranggapan Syamsul kini sibuk dengan filem Original Gangster yang dijangka menemui penonton pada penghujung tahun ini.

Bagaimanapun dalam masa sama, beliau tidak mahu terlalu memikirkan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul.

“Apa sahaja untuk Syamsul, saya dan ibunya sentiasa mendoakan terbaik. Tidak ada ayah atau orang tua yang mahu melihat kejatuhan anaknya.

“Saya rasa tak ada anak yang tak sayang ibu bapanya. Mungkin dia masih merajuk atau terkilan lagi.

"Saya hanya doakan terbaik kerana setiap kejadian berlaku kita tak boleh ubah takdir,”katanya.

Tambah Yusof, beliau juga enggan memberi komen lanjut demi menjaga hati beberapa pihak terutama isterinya, Datin Patimah Ismail.

Artikel Berkaitan:

“Isteri saya sentiasa berpesan agar berserah pada ALLAH SWT untuk menentukannya.

“Saya tak mahu komen lebih nanti ada pihak merajuk. Saya nak jaga hati semua orang terutama isteri. Tak mahu hubungan saya dengan isteri menjadi keruh hanya kerana benda ini,” jelasnya yang kini memilih untuk membahagiakan anak, menantu dan cucu yang ada.

Terdahulu, figura yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’ pernah beberapa kali meluahkan kekecewaan apabila Syamsul seolah ‘menghilangkan’ diri semenjak kemelut rumah tangganya diketahui umum.

Bagaimanapun Yusof pernah sekali berjumpa Syamsul sekitar tahun 2022, sebelum anak kedua itu kembali menjauh.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28