Masih ada mak ayah tak sayang anak

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MINGGU lepas Merak ke pasar malam di kawasan perumahan dan ketika berada dalam kereta di kawasan parkir, Merak nampak satu kereta diletakkan sebelah kereta Merak. Lepas itu keluar seorang ibu muda bergegas masuk ke pasar malam.

Tiba-tiba Merak terdengar suara seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 ke 5 tahun menjerit...Mami...Mami!

Bila Merak toleh rupanya budak tadi adalah anak kepada ibu muda itu dan ditinggalkan seorang diri dalam kereta.

Menyirap darah Merak lihat perbuatan ibu muda itu yang sanggup tinggalkan anak kecilnya sendirian dalam kereta.

Tak takut ke kalau ada yang berniat jahat nak culik anak itu atau larikan dia bersama kereta yang enjinnya tak dimatikan?

Rupa-rupanya masih ada mak ayah yang ambil mudah keselamatan anak-anak dan dedahkan diri mereka kepada perbuatan jenayah.

Kalaulah apa-apa jadi pada anak kecil itu, barulah nak menyesal, barulah menangis tak berlagu.

Itu salah satu insiden yang Merak nak kongsikan. Belum lagi cerita pasal ada mak ayah yang jadikan anak-anak mereka sebagai ‘beg udara’ kedua dalam kereta.

Artikel Berkaitan:

Memandu sambil letak anak di pangkuan kononnya untuk pujuk anak supaya tak menangis dan sebagainya.

Kalau berlaku kemalangan seperti bertembung dengan kenderaan lain, mak ayah ada peluang 80 peratus untuk hidup sebab mereka dilindungi oleh beg udara dan anak yang pangkuan.

Tapi si anak pula mungkin hanya ada peluang 5 peratus saja untuk hidup.

Apa taknya kalau berlaku hentakan, anak akan dihimpit oleh beg udara dari depan dan mak ayah dari belakang.

Cubalah fikir panjang sikit sebelum nak buat apa-apa yang boleh membahayakan keselamatan anak masing-masing.

Jangan hanya pentingkan diri sebab kita tak tahu bila boleh berlaku kejadian jenayah ataupun kemalangan.

Anak-anak adalah amanah tuhan, jadi hargailah rezeki itu dengan sebaiknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!