ACCIM tubuh jawatankuasa khas kaji isu dalam KEB 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto Bernama. Gambar kecil: Low Kian Chuan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto Bernama. Gambar kecil: Low Kian Chuan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk membuat kajian secara mendalam berkenaan isu-isu yang dibangkitkan pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024).

Dalam kenyataan hari ini, Presiden ACCCIM, Tan Sri Low Kian Chuan berkata, perkara itu bertujuan untuk memberi cadangan dan maklum balas yang lebih terperinci kepada kerajaan.

Menurutnya, ACCCIM menyokong pendekatan yang lebih holistik dan inklusif untuk menangani masalah ekonomi negara, sejajar dengan 'Kerangka Ekonomi Malaysia Madani', yang memberi tumpuan kepada keperluan dan isu-isu golongan rentan daripada pelbagai kaum.

Kian Chuan berkata, cabaran yang dihadapi oleh negara datangnya daripada persaingan global dan memerlukan pendekatan kolektif untuk memperluaskan kek ekonomi Malaysia dan persediaan untuk menghadapi cabaran masa depan.

Pada masa sama katanya, ACCCIM memberikan pandangan positif terhadap cadangan KEB2024 yang berteraskan dasar pembangunan ekonomi negara berdasarkan prestasi dan keperluan serta dengan pendekatan yang lebih inklusif untuk menangani keperluan golongan rentan.

"ACCCIM berharap pendekatan-pendekatan ini bukan sahaja dapat membantu rakyat Malaysia khususnya golongan Bumiputera, malah turut akan memberi manfaat kepada semua kaum dalam usaha bersama ke arah memperkembangkan ekonomi negara,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!