Mangsa banjir di Sarawak meningkat lebih 1,000 orang

Penduduk Taman Malihah mengharungi banjir untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat hujan yang turun secara berterusan sejak semalam lagi di kawasan itu ketika tinjauan petang tadi. Foto Bernama

A
A
A

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak kian meningkat malam ini dengan lebih 1,000 mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di selatan negeri itu.

Berdasarkan kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), sebanyak 1,193 mangsa daripada 367 keluarga berlindung di PPS berbanding 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari tadi.

Jumlah mangsa banjir yang berpindah ke PPS telah meningkat kepada 642 orang iaitu 156 buah keluarga berbanding pagi tadi pada awal kejadian. Foto Bernama
Jumlah mangsa banjir yang berpindah ke PPS telah meningkat kepada 642 orang iaitu 156 buah keluarga berbanding pagi tadi pada awal kejadian. Foto Bernama

"PPS bagi kawasan di Kuching ialah Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru, Dewan Masyarakat Stapok, SJK (C) Chung Hua Batu Kawa, SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah, Dewan Taman Malihah.

"Selain itu, PPS di Bau ialah Balai Raya Kampung Senibung dan Dewan Kampung Segong manakala PPS SK Pasir Tengah di Lundu,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: