Wanita dikhuatiri lemas di Sungai Kedah

Operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas dilakukan di Sungai Kedah pada Sabtu. Foto ihsan JBPM Kedah
Operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas dilakukan di Sungai Kedah pada Sabtu. Foto ihsan JBPM Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kedah berdekatan Jalan Pekan Cina, di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.26 petang.

"Susulan itu, sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Zulkifli Halim digerakkan ke lokasi kejadian bersama lima anggota.

"Setibanya di lokasi, komander operasi memaklumkan seorang wanita dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, dua bot aluminium dari BBP Jalan Raja dan BBP Alor Setar digerakkan ke lokasi untuk mencari mangsa.

Tambah Wan Azizul, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra turut dikerahkan ke lokasi untuk melakukan pencarian mangsa terlibat.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: