Lelaki dikhuatiri lemas ketika lakukan aktiviti di sungai

Anggota bomba meneruskan operasi pencarian mangsa pada Ahad. - Foto: BBP Tangkak/Muar
Anggota bomba meneruskan operasi pencarian mangsa pada Ahad. - Foto: BBP Tangkak/Muar
A
A
A

MUAR - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di sungai berhampiran Kampung Olak Jorak, Bukit Pasir dekat sini pada petang Sabtu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Baharudin Ab Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara terbabit pada jam 5.32 petang.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Fire Response Vehicle (FRV) selain dibantu oleh 10 anggota bomba dari BBP Tangkak dan tujuh (BBP Muar) telah dihantar ke lokasi.

"Setibanya pasukan ke tempat kejadian dipercayai terdapat seorang mangsa lelaki dewasa dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti di sungai bersama seorang rakan.

Usaha pencarian lelaki terbabit diteruskan pada Ahad. - Foto: BBP Tangkak/Muar
Usaha pencarian lelaki terbabit diteruskan pada Ahad. - Foto: BBP Tangkak/Muar

"Tindakan operasi kemudiannya membuat penilaian untuk membuat kerja-kerja pencarian mangsa. Bagaimanapun, operasi ditangguhkan kerana keadaan air pasang yang membahayakan keselamatan anggota membuat pencarian," katanya.

Difahamkan, operasi pencarian diteruskan pada Ahad bagi mengesan mangsa.