Lady, Denti bantu jejak kerani dikhuatiri lemas

Khidmat K9 membantu melancarkan operasi mengesan mangsa dikhuatiri lemas di Sungai Perak. Foto: Ihsan Bomba Perak
Gambar kanan: Denti memulakan tugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas di Kuala Kangsar pada Sabtu. Foto: Ihsan Bomba Perak.
Khidmat K9 membantu melancarkan operasi mengesan mangsa dikhuatiri lemas di Sungai Perak. Foto: Ihsan Bomba Perak Gambar kanan: Denti memulakan tugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas di Kuala Kangsar pada Sabtu. Foto: Ihsan Bomba Perak.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Operasi mencari dan menyelamat kerani sekolah yang hanyut selepas terjatuh dari bot ketika memancing udang di Sungai Perak berhampiran Kampung Tahan Kati di sini pada Khamis diteruskan pada Sabtu.

Operasi yang memasuki hari ketiga itu dibantu Lady dan Denti daripada Unit Anjing Pengesan, Ibu Pejabat K9 Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, aset berkaki empat itu memulakan tugas pada jam 9 pagi untuk mengesan mangsa, Muhammad Faiz Azam, 33, di sekitar permukaan sungai.

"Kaedah pencarian permukaan diteruskan dari pos kawalan bomba hingga jeti Kuala Kangsar sejauh 12 kilometer manakala unit K9 pula memberi tumpuan kepada lokasi mangsa terjatuh di Lubuk Batu Mat Gan.

"Pencarian mangsa turut dibantu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Parit menghala ke hulu Sungai Perak," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut beliau, usaha mencari mangsa itu melibatkan 48 anggota bomba bersama pihak polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sinar Harian melaporkan mangsa dilaporkan terjatuh selepas bot yang dinaiki bersama dua rakannya terlanggar batu dan tersangkut.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam itu, mangsa dilaporkan dibawa arus sebelum dilihat tenggelam.

Artikel Berkaitan: