Dua maut, lima parah kereta bertembung lori 10 tan

Dua maut dalam kemalangan di Batu 25 Jalan Sandakan.
Dua maut dalam kemalangan di Batu 25 Jalan Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - [DIKEMAS KINI] Dua maut manakala lima lagi parah selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kejadian di Batu 25 Jalan Sandakan, di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, identiti kedua-dua mangsa yang maut belum diketahui dan lima lagi mangsa yang parah dihantar ke Klinik Ulu Dusun untuk rawatan lanjut.

Dua maut manakala lima lagi parah selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Batu 25 Jalan Sandakan pada Sabtu.
Dua maut manakala lima lagi parah selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Batu 25 Jalan Sandakan pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.53 tengah hari.

Menurutnya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 38 kilometer dari BBP Sandakan.

Keadaan kereta mangsa remuk selepas bertembung dengan lori 10 tandi Batu 25 Jalan Sandakan.
Keadaan kereta mangsa remuk selepas bertembung dengan lori 10 tandi Batu 25 Jalan Sandakan.

Artikel Berkaitan:

"Komander operasi melaporkan terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Iswara bertembung dengan lori 10 tan.

"Terdapat dua mangsa disahkan meninggal dunia dan lima lagi dihantar ke klinik dengan menaiki ambulans. Bagaimanapun, identiti mangsa yang parah tidak diketahui kerana orang awam yang mengeluarkan mangsa sebelum pasukan bomba tiba.

"Terdapat empat lagi individu di dalam lori iaitu pasangan suami isteri dan dua anak mereka mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Anggota bomba dan polis mengangkat mangsa yang maut dalam kemalangan di Batu 25 Jalan Sandakan.
Anggota bomba dan polis mengangkat mangsa yang maut dalam kemalangan di Batu 25 Jalan Sandakan.

Dalam kejadian itu, Severinus memaklumkan pasukannya turut menjalankan operasi memindahkan jenazah ke dalam kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

"Selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 2.18 petang," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28