Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee

Cheng Hoe
Cheng Hoe
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Datuk Ong Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Liga Thailand, Police Tero FC.

Menurutnya, pelantikan Cheng Hoe yang juga bekas pengendali Selangor FC itu membuktikan kualiti dan kredibiliti pengendali negara diiktiraf di liga luar negara.

“Sekalung tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas pelantikannya sebagai jurulatih Police Tero di Thailand.

“Gembira untuk melihat jurulatih Malaysia diiktiraf atas kualiti dan kredibilitinya di liga luar negara. Semoga berjaya Tan," katanya dalam laman Instagram miliknya.

Pada Rabu, Selangor mengumumkan kejutan apabila mengesahkan kelab dan Cheng Hoe mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak berkuat kuasa serta-merta.

Police Tero kini menduduki tangga ke-14 Liga Premier Thailand selepas mengharungi 19 perlawanan - lima menang, empat seri, 10 tewas - mengumpul 19 mata.

Selepas tewas 2-6 kepada Buriram United, Police Tero akan berdepan Nakhon Pathom United di Stadium Boonyachinda, Sabtu ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: