Urusan syarikat terkait bekas Pengerusi Tourism Malaysia tak terganggu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Urusan tetap berjalan seperti biasa bagi syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan bekas pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Siew Ka Wei yang telah direman selama empat hari, bermula semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam tiga makluman berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini, Ancom Bhd, Ancom Logistics Bhd dan Nylex (M) Bhd mengumumkan bahawa Ka Wei telah ditahan bagi membantu siasatan dalam tempoh beliau sebagai pengerusi Tourism Malaysia.

Ka Wei merupakan Pengerusi Eksekutif Ancom, Naib Pengerusi Eksekutif Ancom Logistics dan Pengarah Pengurusan Kumpulan Nylex.

"Operasi unit-unit pelbagai kumpulan itu telah atau berada di bawah tanggungjawab pelbagai ketua unit dengan rekod pencapaian yang terbukti," kata ketiga-tiga syarikat itu.

Pada penutup, saham Ancom, jatuh dua sen kepada 47 sen dengan 11.39 juta saham diniagakan, Ancom Logistics susut setengah sen kepada sembilan sen dengan 158,100 saham bertukar tangan.

Saham Nylex turun dua sen kepada 63 sen, dengan 504,200 saham didagangkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: