Peluru pembunuhan John Lennon dilelong

Taylor memegang revolver yang digunakan menembak John Lennon pada 1980. Agensi
Taylor memegang revolver yang digunakan menembak John Lennon pada 1980. Agensi
A
A
A

LONDON - Peluru yang dilepaskan daripada revolver yang digunakan dalam pembunuhan John Lennon di New York pada 1980 dilelong di bandar Newcastle dan dijangka mencecah sehingga £2,000 (AS$2,500), lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pelelong Anderson dan Garland menjual cenderamata itu bagi pihak keluarga Brian Taylor, seorang anggota polis Britain yang berkhidmat dengan pasukan polis Northumbria, wilayah Newcastle.

Taylor dibenarkan melepaskan tembakan semasa lawatan ke Jabatan Polis New York pada 1984.

Dia sendiri telah diserang ketika dalam perjalanan dengan kereta polis semasa lawatan itu.

Sebagai permohonan maaf, dia telah ditunjukkan sebuah muzium polis kecil yang mana pistol itu disimpan.

"Di sana dia dibenarkan melepaskan tembakan menggunakan senjata yang digunakan untuk menembak salah seorang bintang muzik terbaik dan paling digemari, John Lennon.

"Peluru dan kartrij itu diambil dan diberikan kepada Taylor sebagai hadiah. Dia memasangnya dan menggantungnya pada dinding pejabatnya untuk baki kerjayanya," kata rumah lelong itu di laman webnya.

Bingkai itu termasuk gambar Taylor berpakaian seragam memegang revolver.

Artikel Berkaitan:

Keluarga itu memutuskan bahawa barang tersebut harus diserahkan kepada peminat penyanyi The Beatles yang lain, kata rumah lelong itu.

Pembunuh Lennon, Mark David Chapman yang kini berusia 68 tahun sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!