Maqis rampas produk kraftangan

Sebahagian kotak dipenuhi payung yang dirampas.
Sebahagian kotak dipenuhi payung yang dirampas.
A
A
A

LANGKAWI - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 12 kotak yang mengandungi 360 unit payung diperbuat daripada buluh di Kompleks di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Pengarah Maqis Negeri Kedah Lily Roslind Paul Pakianathan berkata, rampasan seberat 228 kilogram itu dianggarkan bernilai RM9,600.

Katanya, payung kraf yang dirampas itu tidak mempunyai Permit Import yang sah daripada Jabatan Maqis dan Sijil Fitosanitari daripada negara asal.

“Kes akan disiasat bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)”, katanya.

Tambah Lily, jika disabit kesalahan denda akan dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

Artikel Berkaitan: