ILTIZAM Seni memperkasa seniman muda tempatan

(Dari Kiri ke kanan) Aimman Hazal, Shahnaz Azlin, Azim Rodi, Ridhwan Yusof, Alya Bieha, Fudhail Said, Ayue Juman
(Dari Kiri ke kanan) Aimman Hazal, Shahnaz Azlin, Azim Rodi, Ridhwan Yusof, Alya Bieha, Fudhail Said, Ayue Juman
A
A
A

Hasil seni pelukis dan pengarca yang dikaryakan oleh anak tempatan m e m p u n y a i potensi untuk m e n j a n a pendapatan dan k e l a n g s u n g a n hidup yang mampan. Pada masa yang sama, kerjaya seni bukan sesuatu yang difahami ramai dan apresiasi untuk kerjaya seni masih tidak memberangsangkan dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seniman. Menyedari hakikat ini dan memenuhi ruang serta peluang untuk membentuk bakat seni yang menyeluruh, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) menerusi cabang tanggungjawab sosial korporatnya, ILTIZAM, secara julung kalinya telah melancarkan sebuah Program Residensi Seni yang dikenali sebagai ILTIZAM Seni.

Program Residensi Seni selama enam bulan ini telah dicipta untuk memperkasakan bakat seniman muda tempatan khasnya dari komuniti bumiputera yang kurang berkemampuan dan tekad untuk membina kerjaya sebagai seniman. “Program ini disusun untuk membantu artis-artis graduan baru membina daya diri dan daya saing, dibekalkan dengan kecekapan-kecekapan lain (selain bakat seni) yang diperlukan dalam membina kerjaya mampan sebagai seorang seniman. Kami mengambil pendekatan yang menyeluruh, mereka dibimbing dalam menguruskan bakat secara berterusan, pengurusan kewangan, pembentukan jenama diri, kecekapan penyampaian dan komunikasi, yang kesemuanya merupakan asas penting bagi kejayaan dalam kerjaya seni dan kehidupan,” kata Pengarah Hal Ehwal Berkepentingan Ekuinas., Hizwani Hassan.

Hizwani Hassan, Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Ekuinas.
Hizwani Hassan, Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Ekuinas.

Bermula Oktober 2023, ILTIZAM Seni telah memilih tujuh orang graduan peringkat sarjana muda dan sarjana dalam bidang seni halus (lukisan dan arca) dari institusi pengajian tinggi tempatan. Mereka berasal dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor, dan Sabah, masing-masing dengan gaya seni tersendiri, seperti still life, potret diri, pop culture Jepun dan pop art. Mereka menerima elaun bulanan, tempat tinggal dan segala peralatan seni yang diperlukan, ditanggung oleh pihak ILTIZAM, selain daripada latihan pemerkasaan diri dan bengkel seni.

“ILTIZAM Seni merupakan program residensi seni yang unggul. Kami berhasrat program residensi ini menjadi pemula dan batu loncatan dalam kerjaya seni mereka, mengukir nama, serta meningkatkan kedudukan mereka dalam industri seni tempatan,” tambah Hizwani.

ILTIZAM Seni dijayakan dengan kolaborasi bersama Galeri Puteh, sebuah galeri seni tempatan, dalam menyediakan setiap peserta untuk menghasilkan koleksi karya seni yang akan dipamerkan di Galeri Puteh pada bulan Mei. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai dan kesemua karya adalah untuk ILTIZAM Seni membina daya diri, daya saing & membekalkan kecekapan yang diperlukan untuk membina karier mampan sebagai seniman. jualan. Hasil jualan karya-karya seni ini diharapkan dapat membantu mengukuhkan kedudukan kewangan dan mengukir laluan kerjaya mereka. Kolaborasi bersama Coach-2-Success (C2S) pula menyediakan peserta sebagai karyawan yang yakin, cekap dan berdaya saing.

Aimman, dengan sebahagian daripada lukisan terbesar yang pernah dihasilkannya.
Aimman, dengan sebahagian daripada lukisan terbesar yang pernah dihasilkannya.

Salah seorang seniman ILTIZAM Seni, Aimman Hazal, 29, dari Muar, Johor, telah aktif dalam bidang seni sejak tahun 2019 dan beliau berpengalaman menyertai beberapa pameran online semasa pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Pengalaman saya dalam program ILTIZAM Seni sangat bermakna. Saya sangat berbesar hati kerana terpilih. Menerusi program ini, saya telah menghasilkan karya lukisan berkonsepkan pop art dan ini merupakan lukisan terbesar yang saya hasilkan sepanjang saya bergiat aktif dalam bidang seni, ia merupakan satu proses yang rumit yang merangkumi tiga langkah iaitu pengumpulan data, lakaran digital dan proses lukisan, di mana saya menggunakan akrilik pada kanvas,” kata Aimman. Beliau juga berkata bahawa langkah pertama, iaitu pengumpulan data, baru sahaja diamalkan setelah menyertai program ini dan ianya berkesan dalam meningkatkan lagi proses penciptaan karya.

Alya Bieha, 24, dari Ampang, Selangor baru sahaja menceburi bidang seni lukis setelah menamatkan pengajiannya. Perjalanan seni beliau merupakan terapi diri untuk meluahkan perasaannya selepas beliau didiagnosis menghidap skoliosis.

Alya Bieha, menggunakan teknik Cyanotype dalam karyanya.
Alya Bieha, menggunakan teknik Cyanotype dalam karyanya.

“Pengalaman yang paling saya hargai sepanjang program ini adalah kerjasama antara seniman. Kami dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang berbeza. Saya mendapat pelbagai perspektif dari interaksi ini dan ia membantu saya mengekspresi diri menerusi hasil seni saya,” kata Alya.

Sementara itu, Dr. Jalaini Abu Hassan, Seniman Kontemporari tersohor dan Profesor dalam bidang seni lukis dilantik sebagai Mentor bagi ILTIZAM Seni.

Beliau disanjung dalam industri seni dan gemar meneroka bahan dan pelbagai medium seni, berinspirasikan hal ehwal semasa yang diinterprestasi melalui pengalaman peribadi dan sejarah.

“Program residensi seni ini tidak semestinya terikat kepada struktur akademik kerana ia digarap dengan pendekatan yang lebih luas dan organik. Peserta ditempatkan di studio jauh dari kesibukkan kota agar diharap berupaya memusatkan fokus kepada penghasilan karya.

Dr. Jalaini (kanan), di sesi pementoran bersama Shahnaz Azlin (kiri)
Dr. Jalaini (kanan), di sesi pementoran bersama Shahnaz Azlin (kiri)

“Selain kreativiti, seniman perlu memiliki kecekapan teknikal, kecekapan komunikasi untuk menjenamakan diri mereka dan memprol karya seni mereka. Mereka seharusnya mempunyai pengetahuan luas dalam sejarah, falsafah, serta memahami karya orang lain yang semuanya penting untuk pertumbuhan seorang seniman,” ujar Dr. Jalaini.

Dalam pada itu, Hizwani menyimpulkan, niat Ekuinas adalah untuk memupuk ekosistem kreatif yang mampan di Malaysia, dan seterusnya mampu bersaing di peringkat global.

“Ekuinas komited untuk menyokong pembangunan seni dan warisan memandangkan potensinya dalam menjana ekonomi untuk negara, dan kemampuan industri seni dalam menarik pelabur dan pelancong,” ujarnya.