Bank Rakyat peruntuk lebih RM2.3 juta jayakan Kempen 'Tulus Ikhlas'

Ahmad Shahril berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Ramadan Raya Tulus Ikhlas Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat pada Rabu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Ahmad Shahril berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Ramadan Raya Tulus Ikhlas Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat pada Rabu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

BANK Rakyat memperuntukkan lebih RM2.3 juta menerusi Kempen Ramadan Raya ‘Tulus Ikhlas’ tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, ia merangkumi tawaran hadiah keseluruhan berjumlah melebihi RM750,000.

Menurutnya, pelanggan bakal menikmati pelbagai hadiah lumayan dan tawaran istimewa menerusi Kempen Utama ‘Tulus Ikhlas’ bermula 12 Mac hingga 31 Mei 2024.

Ahmad Shahril (enam dari kiri) dan Nizam (lima dari kiri) bergambar bersama anak yatim yang menerima pakaian raya pada Majlis Pelancaran Kempen Ramadan Raya Tulus Ikhlas Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat pada Rabu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Kempen 'Tulus Ikhlas' ini menawarkan Proton X90, Proton X70, Proton X50, lima motosikal Modenas dan 120 hadiah sagu hati yang lain.

“Hadiah lain ditawarkan termasuklah produk pembiayaan dan Takaful, Kad Kredit-i atau Kad Debit-i Bank Rakyat dan Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Tawarruq,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kempen Ramadan Raya Tulus Ikhlas, di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani.

Artikel Berkaitan:

Bank Rakyat akan menganjurkan Karnival Bazaar Riang Raya yang merupakan jualan tanpa tunai yang menghimpunkan 100 usahawan di Menara Kembar Bank Rakyat selama tiga hari bermula 1 April hingga 3 April 2024. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Tambah beliau, dalam menggalakkan usahawan kecil meluaskan lagi perniagaan mereka, Bank Rakyat juga bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 kepada 15 pemenang bertuah.

Ahmad Shahril berkata, ia terbuka kepada mereka yang melanggan produk Pembiayaan Mikro-i bermula 12 Mac sehingga 31 Mei 2024.

Nizam (tengah) bergambar bersama hadiah utama Kempen Ramadan Raya Tulus Ikhlas Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat pada Rabu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Nizam (tengah) bergambar bersama hadiah utama Kempen Ramadan Raya Tulus Ikhlas Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat pada Rabu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Pelanggan yang melanggan produk Pembiayaan Kenderaan-i juga berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM80,000 kepada 200 pemenang bertuah bermula 1 Mac sehingga 31 Mei 2024.

“Cabutan istimewa Akaun Pelaburan-i Rizq Plus sempena Aidilfitri turut menawarkan wang tunai bernilai RM100,000 untuk seorang pemenang dan emas seberat 20 gram untuk lima pemenang,” ujarnya.

Selain itu katanya, pelanggan yang melakukan transaksi pindahan wang tertinggi menerusi DuitNow QR menggunakan aplikasi perbankan mudah alih iRakyat dan laman web iRakyat bermula 12 Mac hingga 31 Mei 2024, juga berpeluang memenangi wang tunai keseluruhan RM14,500.

“Seterusnya, 10 orang yang memuat naik kisah kreatif hari raya di media sosial bermula dari 15 Mac sehingga 15 April 2024 berpeluang menangi baucar Jakel bernilai RM2,000,” katanya.

Tambahnya lagi, pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat juga berpeluang dapatkan pulangan tunai lima peratus untuk petrol, diesel dan pembelian runcit di stesen minyak seluruh negara setiap Khamis bermula 14 Mac hingga 31 Disember 2024.

“Pemegang Kad Kredit-i yang membuat transaksi minimum RM500 bagi pembelian barangan di Jakel bermula 1 Mac sehingga 30 April 2024 pula berpeluang memenangi wang tunai RM1,000 yang akan dikreditkan ke Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.

“Menerusi inisiatif ‘Tulus Ikhlas’ ini juga, pelbagai aktiviti Jangkauan Komuniti bakal dilaksana sepanjang Ramadan dan Aidilfitri seperti memasak, mengedar bubur lambuk serta majlis berbuka puasa bersama media,” katanya

Dalam pada itu, Bank Rakyat juga menyerahkan sumbangan RM1.48 juta menerusi Program Imarah Ramadan kepada 7,400 penerima asnaf berupa bakul makanan berjumlah RM100 dan duit raya RM100.

“Selain itu, Bank Rakyat turut membuat serahan duit raya berjumlah keseluruhan RM70,000 menerusi Program Cahaya Aidilfitri melibatkan 700 orang anak yatim,” katanya.