Pentas boling uji skil anak perantau KPPMM TRWLK

Muhammad Faizal Hasbi
Muhammad Faizal Hasbi
A
A
A

KELAB Penyokong Pahlawan Merah Malaysia (KPPMM) The Red Warriors Lembah Klang (TRWLK) akan menganjurkan Kejohanan Boling Anak Perantau KPPMM TRWLK 2024 pada Ahad ini.

Presiden KPPMM TRWLK, Muhammad Faizal Hasbi berkata, kejohanan melibatkan kategori lelaki dan wanita itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM7,000 akan disertai 200 peserta dijadualkan berlangsung di Ole-Ole Superbowl, Seksyen 18, Shah Alam.

"Kejohanan akan dirasmikan wakil Menteri Besar Kelantan yang juga wakil Exco Seranta Kelantan, Wan Hassan Wan Ibrahim bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dan Ahli Majlis Perwakilan Penduduk, Firdaus Mokhtar.

"Majlis penyampaian hadiah pula akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Ahli Majlis Perwakilan Penduduk, Aishah Mohd Zain," katanya.

Tambah beliau, kejohanan yang memasuki edisi ketujuh ini merupakan program tahunan persatuan anak-anak perantau di Lembah Klang bertujuan memperkukuhkan silaturahim anak perantau.

"Kejohanan juga bertujuan mencungkil bakat baharu sukan boling peringkat akar umbi dalam menyahut saranan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh," katanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh hubungi Hasbi (013-212 8290), Hazami (011-5773 2618), Syakirin (011-2120 5981).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: