JDT nombor 13 Asia ranking Piala Dunia Kelab FIFA 2025

JDT tenang mendaki puncak apabila meraih kedudukan ke-13 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi ranking Piala Dunia Kelab Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2025.
JDT tenang mendaki puncak apabila meraih kedudukan ke-13 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi ranking Piala Dunia Kelab Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2025.
A
A
A

GERGASI Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta’zim (JDT) tenang mendaki puncak apabila meraih kedudukan ke-13 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi ranking Piala Dunia Kelab Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2025.

Ranking terkini diumumkan FIFA pada Khamis menyaksikan juara 10 kali berturut-turut Liga Super yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebelum ini akan turut berentap di ACL Elit (ACLE) musim depan mengutip 38 mata membabitkan 12 mata pertandingan dan 26 mata perlawanan.

Perkembangan itu menyaksikan kelab selatan tanah air tersebut berada di kedudukan kedua terbaik kelab dari negara Asean selepas gergasi Thailand, BG Pathum United (46 mata) di kedudukan kesembilan Asia.

Sebagai rekod, badan induk bola sepak dunia itu memperkenalkan format baharu Piala Dunia Kelab berteraskan Piala Dunia dalam usaha menambah lebih slot setiap konfederasi sekali gus meningkatkan nilai komersial kejuaraan.

Sebanyak 19 daripada 32 kelab mengesahkan tempat dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2025 yang dijadualkan berlangsung di Amerika Syarikat dengan Asia diwakili Al-Hilal (Arab Saudi) dan Urawa Reds (Jepun) serta Ulsan HD dan Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: