Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan, empat peluncur ski maut

Foto Xinhua
Foto Xinhua
A
A
A

BISHKEK - Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin.

Tragedi berlaku pada 1 petang waktu tempatan (0700 GMT) di Lembah Jyrgalan di wilayah Issyk-Kul, lapor Xinhua.

Seramai 23 pelancong dari Republik Czech dan Slovakia tiba di Lembah Jyrgalan untuk bermain ski namun terperangkap dalam runtuhan salji dan menyebabkan empat warga Czech terkorban, menurut perkhidmatan media terbabit. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: