Sila log masuk terlebih dahulu.

Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih hilang

29 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 29 NOVEMBER 2023

Tiga buruh binaan disahkan maut, dua cedera parah manakala empat lagi masih hilang dalam kejadian runtuhan di tapak pembinaan sebuah gudang berhampiran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Kesemua mangsa merupakan warga negara Bangladesh.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, sebelum kejadian, 18 pekerja sedang bekerja namun sembilan daripada mereka keluar untuk bersolat.

Menurutnya, kejadian melibatkan kawasan pembinaan gudang sebuah syarikat swasta.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/637052/berita/semasa/runtuhan-gudang-tiga-maut-dua-parah-empat-masih-hilang

Muzik: Out of Flux - Surrendered dari www.artlist.co

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini