Jangan halalkan perbuatan salah

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

BEBERAPA hari lepas Merak Jalanan menghabiskan masa sedikit lama di media sosial berbanding biasa kerana terlalu leka membaca perdebatan dan pandangan netizen.

Ia berpunca daripada satu hantaran video yang dimuat naik oleh individu yang mendakwa seorang warga emas mengambil dua baldi batu setiap hari di kawasan tapak pembinaan.

Daripada komen-komen yang ditinggalkan, ada yang meminta dihalalkan sahaja tindakan itu kerana dia seorang warga emas. Tidak kurang ada yang menyalahkan individu memuat naik video itu kerana mengaibkan.

Alasannya, mengapa tidak ditegur perbuatan salah itu sebaliknya hanya merakam dan kemudian dimuat naik di laman media sosial.

Pada pandangan Merak Jalanan, mengambil hak orang lain tanpa kebenaran, biar pun sedikit tetap satu kesalahan tidak kira siapa individu berkenaan.

Apa yang ingin ditekankan adalah jangan kita membenarkan tindakan salah dan menghalalkan perkara haram.

Selain itu penting bagi setiap rakyat Malaysia untuk mendidik dan melahirkan generasi yang menghormati hak orang lain.

Tambahan pula media sosial ini digunakan oleh pelbagai lapisan umur terutama anak-anak di bangku sekolah.

Artikel Berkaitan:

Mereka akan belajar sesuatu daripada apa yang dipertontonkan di platform berkenaan. Bagus input yang disampaikan, maka baguslah hasilnya.

Selain itu Merak Jalanan juga ingin menegur individu yang memuat naik video tersebut, mungkin teguran wajar di buat terlebih dahulu berbanding memuat naik di media sosial.

Ini kerana ia tidak menyelesaikan masalah yang berlaku sebaliknya hanya membuka ruang-ruang aib dan fitnah.

Benar kata rakan Merak Jalanan bahawa kita kini berada pada zaman serba canggih tetapi maklumat yang dikongsikan cuma separuh masak dan ramai lebih gemar berkongsi atas dasar 'konten' semata-mata.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28