Datuk sempat selamatkan cucu, seorang lagi dibawa arus deras

Mangsa yang sempat diselamatkan oleh datuknya dalam kejadian di Sungai Pagalan, Kampung Paganatan, Keningau. Gambar kecil: Datuk kepada mangsa yang selamat)
Mangsa yang sempat diselamatkan oleh datuknya dalam kejadian di Sungai Pagalan, Kampung Paganatan, Keningau. Gambar kecil: Datuk kepada mangsa yang selamat)
A
A
A

KENINGAU - Seorang kanak-kanak lelaki sempat diselamatkan oleh datuknya manakala seorang lagi rakannya dikhuatiri lemas dalam kejadian di Sungai Pagalan, Kampung Paganatan di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Aloysius Alfred, 13, hanyut akibat dibawa arus deras di sungai tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Sharudy Delamin berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.50 petang.

Operasi SAR mangsa di permukaan sungai dilakukan oleh pasukan bomba di Sungai Pagalan, Kampung Paganatan, Keningau.
Operasi SAR mangsa di permukaan sungai dilakukan oleh pasukan bomba di Sungai Pagalan, Kampung Paganatan, Keningau.

"Menurut maklumat, terdapat lima kanak-kanak mandi di sungai tersebut dengan ditemani oleh seorang dewasa iaitu datuk kepada mangsa yang terselamat.

"Mangsa pertama sempat diselamatkan oleh datuknya manakala mangsa kedua tidak sempat dicapai sebelum hanyut dibawa arus yang kuat dalam kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 16 kilometer dari BBP Keningau.

"Pasukan Bomba berada di lokasi bagi mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di permukaan sungai di lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, setakat ini mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28