Ahmad Fadhli selar kenyataan Presiden UMNO

Ahmad Fadhli (kiri), Ahmad Zahid
Ahmad Fadhli (kiri), Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keikhlasan parti tersebut menawarkan hasrat untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN).

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tawaran tersebut bukan perkara baharu, sebaliknya merupakan hasrat kekal dalam menghidupkan dan mempertahankan penyatuan ummah.

“Pas tidak akan jemu-jemu membuka pintu untuk perpaduan ummah, jika Presiden UMNO merasakan berbaloi untuk terus berada bersama dengan Pakatan Harapan (PH), teruskanlah.

“Buat masa sekarang pergunakanlah antara satu sama lain sebelum ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya yang akan datang insya-ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yakin kerjasama antara parti itu dan UMNO masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.

Pada Ahad, media melaporkan, Ahmad Zahid membalas kenyataan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai satu tawaran yang tidak ikhlas.

Mengulas lanjut, menurut Ahmad Fadhli, kedua-dua gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) hakikatnya memerlukan sokongan antara satu sama lain untuk membentuk kerajaan.

Ujar beliau, kedudukan Presiden UMNO itu juga berkemungkinan terjejas memandangkan beliau masih terpalit dengan isu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

“Tanpa BN, PH tidak boleh menjadi kerajaan, dan tanpa PH, Presiden UMNO akan merasakan dirinya tidak selamat," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!