Ibu cemas anak tiga tahun hilang di kedai makan

Tular di aplikasi WhatsApp seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun hilang di kedai makan di Klebang.
Tular di aplikasi WhatsApp seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun hilang di kedai makan di Klebang.
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita cemas setelah menyedari anak lelaki tunggalnya berusia tiga tahun 'hilang' di sebuah kedai makan di Klebang di sini, pada malam Ahad.

Atikah Hadzir, 28 tahun itu berkata, lebih kurang jam 8 malam, ketika itu dia dan anaknya baharu tiba dari kampungnya di Pahang dan singgah ke kedai itu untuk makan malam.

Namun Atikah berkata, ketika sedang membuat bayaran, anaknya tidak kelihatan di meja makan dan berusaha mencari di kawasan sekitar namun tidak menemui.

Katanya, bagaimanapun lega apabila kanak-kanak itu berjaya ditemui selamat oleh orang awam kira-kira 30 minit kemudian.

"Alhamdulillah, syukur anak saya dijumpai di kawasan Klebang ketika mahu melintas jalan untuk ke 'fun fair' berdekatan.

"Memang tak tahu nak gambarkan perasaan saya ketika itu kerana itulah satu-satunya anak saya dan saya berterima kasih kepada orang awam yang prihatin," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Sebelum itu Tular di aplikasi WhastApp gambar seorang kanak-kanak lelaki berbaju hijau hilang di kedai makan di Klebang.

Kata Atikah, dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh perasaan mereka sekeluarga.

Artikel Berkaitan:

"Kepada semua pihak yang prihatin dan secara langsung atau tidak langsung membantu saya mencari anak saya, semoga ALLAH Merahmati dan membalas jasa kalian," katanya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!