Jokowi lawat kepulauan Natuna

Jokowi (hadapan) mengunjungi pangkalan tentera di kepulauan Natuna yang bersempadan dengan Laut China Selatan hari ini. - Foto AFP
Jokowi (hadapan) mengunjungi pangkalan tentera di kepulauan Natuna yang bersempadan dengan Laut China Selatan hari ini. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Presiden Joko Widodo atau Jokowi hari ini mengunjungi pulau di perairan yang menjadi pertikaian dengan China bagi menegaskan kedaulatan Indonesia di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara dua negara itu.

Dalam lawatannya ke kepulauan Natuna, Jokowi menegaskan, perairan tersebut milik Indonesia sepenuhnya.

"Kami mempunyai daerah, pemangku raja dan gabenor di sini. Tiada lagi perdebatan. Menurut undang-undang dan pada hakikatnya, Natuna adalah Indonesia," katanya.

Awal minggu ini, Indonesia mengerahkan lebih banyak kapal perang dan jet pejuang untuk mengawal perairan di sekitarnya.

China tidak menuntut kepulauan Natuna, sebaliknya mendakwa mereka mempunyai hak untuk menangkap ikan berdekatan keseluruhan wilayah maritim Nine Dash Line yang merangkumi sebahagian besar Laut China Selatan.

Konfrontasi bermula tengah bulan lalu apabila pengawal pantai Cina yang mengiringi kapal nelayan China memasuki perairan Indonesia di kepulauan Natuna dan mendorong Jakarta memanggil Duta Besar Beijing. - Agensi

Artikel Berkaitan: