Peruntukan RM3.3 juta jayakan TMK 2024

Tengku Muhammad Fakhry Petra tiga dari kiri) merasmikan Tengku Muhammad Fakhry sambil diiringi oleh Mohd Nassuruddin.
Tengku Muhammad Fakhry Petra tiga dari kiri) merasmikan Tengku Muhammad Fakhry sambil diiringi oleh Mohd Nassuruddin.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM3.3 juta bagi menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024) yang turut menjadi antara pemacu utama pembangunan sosioekonomi negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, program melalui Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan itu akan memaparkan keaslian seni budaya dan warisan masyarakat tempatan berserta penganjuran bertaraf antarabangsa dengan kerjasama dari negara-negara Asia, Eropah dan Timur Tengah.

Menurut beliau, penglibatan dan kerjasama strategik daripada semua pemain industri termasuk rakyat Kelantan, kerajaan negeri optimis TMK 2024 dengan tema Family, Food, dan Festival itu akan mencapai kejayaan sasaran 10 juta pelancong dan pelawat ke negeri ini.

Persembahan tarian kebudayaan yang dilakukan semasa perasmian TMK 2024.
Persembahan tarian kebudayaan yang dilakukan semasa perasmian TMK 2024.

“Sebagai salah satu pemacu utama dalam pembangunan sosioekonomi Kelantan, kerajaan negeri akan memberi fokus utama bagi menggerakkan usaha secara bersepadu ke arah kejayaan dalam merealisasikan hasrat supaya Kelantan menjadi destinasi utama pelancong di rantau ini.

“Kelantan mampu menjadi antara penyumbang terbesar kepada industri pelancongan negara khususnya menerusi pembangunan ekonomi hiliran melalui industri kreatif berasaskan ketrampilan, kemahiran, bakat dan potensi individu dalam melahirkan ciptaan atau produk baharu berasaskan seni kreatif, warisan budaya seperti batik dan kraftangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Pelancaran TMK 2024 di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang hadir menyaksikan Pelancaran TMK 2024.
Orang ramai yang hadir menyaksikan Pelancaran TMK 2024.

Majlis dirasmikan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan turut dihadiri kira-kira 3,000 pengunjung pelbagai usia.

Mohd Nassuruddin menyakini rakyat Kelantan akan bersama-sama menjayakan TMK 2024 secara bersepadu melalui pelbagai usaha seperti penyampaian perkhidmatan yang mesra.

“Rakyat bertanggungjawab memelihara kebersihan tempat-tempat pelancongan, menyelenggara dan memulihara produk-produk pelancongan.

Pelbagai persembahan tarian dipersembahkan kepada pengunjung.
Pelbagai persembahan tarian dipersembahkan kepada pengunjung.

“Selan itu, rakyat juga berusaha menambah nilai pada pada produk-produk pelancongan sedia ada dan bersama-sama menjaga keselamatan pelancong dalam semua aspek,” kata beliau.

Pihak Kerajaan Kelantan turut mengucapkan penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atas perhatian dan kerjasama bagi memacu pertumbuhan industri pelancongan Kelantan.

“Kami berharap kerjasama ini dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa terutama yang melibatkan pembangunan infrastruktur pelancongan negeri ini,” kata beliau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28